Wednesday 12 October 2011

Cita-Cita Budax Kampung


Gambar Hiasan

Kisah budax kampung ini bermula di sebuah kampung yang aman dan harmoni berlatar belakangkan sawah ladang dengan rimbunan pohon hijau. Budax Kampung lebih di kenali di Kampung dengan image yang Rock namun dia bukan lah seorang yang ganas. Malah terdapat satu keunikan dalam diri Budax Kampung ini. Budax kampung mempunyai cita-cita yang besar untuk menjadi popular dan di kenali ramai walau di mana jua berada. Pada suatu hari budax Kampung telah bertemu dengan seorang brother yang menggelarkan dirinya " Brader  Rockers". Dan Brader Rockerz tersebut telah menegur si budax kampung yang sedang keasyikan menyanyikan lagu Irama Slow Rock bersama gitar Kotak di bawah pokok....

Brader Rockers : salam bro!! cayalah Lu main gitar. Gua tengok Lu main layan beb hati Gua. Lu memang                    Jiwa Rockers la mcm abang.....
Budax Kampung : waalaikumusalam!!!...Brader. Gua memang suka main gitar brader. Time free Gua main gitar. Brader datang dari mana? tak pernah nampak pun sebelum ni sebelum ni.
Brader Rockers : Gua datang dari KL. Gua Datang bercuti jew kat kampung ni...Lu ada cita-cita tak Lu main gitar ni?..( brader sambil senyum ).
Budax Kampung : Gua sebenarnya tinggi  cita-cita.. Brader nampak tu pokok kelapa tinggi? Tinggi lagi cita-cita gua brader..hahaha ( Budax Kampung berjenaka ). Gua nak jadi mcm Amy search, awie dan lain-lain lagi... tapi gua setakat ni jew brader.. mendendangkan lagu bersaksikan sawah ladang di sekeliling gua...
Brader Rockers :  Lu ada masa depan cerah bro.. Lu pandai main alat muzik. gua nasihatkan lu. Lu belajar la betul-betul sampai masuk Universiti dan ambik la bidang Muzik kat sana nanti. Lu join la Band band kat sana.. Gua yakin Lu pasti meletup punya!!! yang penting education bro...
Budax Kampung : Alangkah bagusnya dapat jadi artist kan brader. Boleh sumbangkan Karya-karya seni dalam industri muzik Tanah Air. Gua ada hasrat Brader. Gua nk memartabatkan karya seni kite brader macam lagu-lagu puisi.. Karya seni ni memang agung dalam diri gua Brader. Melalui lagu kite dapat menaikan kembali karya seni lagu kita...
Brader Rockers : hahaha bagus la lu ni ada jiwa macam tu.. Walaupun Gua tengok lu ni macam ROCKERS rambut panjang hahaha.Tapi jiwa Lu ni memang unik..Lu memang layak untuk jadi anak seni...

Senjakala menjelama mentari di ufuk barat....

Budax Kampung : Brader gua cau dulu dah senja ni Maghrib dah tiba ni... Gua jalan dulu Brader....
Brader Rockers  : Okay bro...Jumpa lagi...

Keesokan harinya, ketika matahari tegak berdiri di atas kepala Brother Rockers lepak dibawah pokok yang rendang di tepi alur sungai berdekatan dengan sawah padi. Pada masa yang sama Brader Rockers terpandang Budax Kampung dikejar oleh seorang tua yang memakai kupiah di tepi-tepi sawah padi. Brader Rockers menolog dalaman dengan berkata " ai kenapa Budax Kampung tu dikejar oleh orang tua tu..Tengok tu gunting pulak di pegang oleh orang tua tu ish3!!

Pada waktu petang, Brader Rockers telah bertemu dengan Budax Kampung.. secara tidak langsung Brader Rockers terkejut dan terus ketawa..hahahahhaha dan Brader Rockers terus menyapa Budax Kampung..

Brader Rockers : helllo bro!!! mana rambut panjang Lu haa?? hahahaha ( sambil ketawa)
Budax Kampung :  Gua sedih Brader. Rambut Gua kena potong..
Brader Rockers : Tak ROCK la bro Lu takde Rambut panjang!! hahah.. Siapa berani potong rambut lu??? Lu kaci tau sama Gua...
Budak Kampung : Bapa Gua Brader.. Dia baru balik dari Mekah Tunaikan Haji.. Gua turun jew tanggan nak bersalam dengan dia..Gua dah kena sergah brader " astaghfirllahalazim anak aku Ko nk jadi apa ni haa??? dengan rambut panjang, sini ko biar aku potong!!!!!!! ".. Gua lari la brader sampai Gua tersungkur dalam sawah padi terus rambut gua kena potong...
Brader Rockers :  hahahahahahh lawak la lu ni..hahah Tak Rockers la sekarang.. Tengok cermin diri lu.. dah botak bro..botak bro....
Budax Kampung : hahah ( Kampung Ketawa tak ikhlas )
Brader Rockers  : Sorry la bro..Gua takde niat nk ketawakan Lu..Gua minta maaf bro malam ni Gua balik KL ada kerja sana.. Cuti-cuti Gua dah habis bro..
Budax Kampung : Tak apa Brader Gua dah lama maafkan..Gua gembira dapat kenal Brader..
Brader Rockers : ok la Bro Gua pulang dulu mau kemas barang-barang..ingat pesan Gua bro Lu belajar kena belajar betul-betul..Jadi lah diri sendiri jangan jadi orang lain..Lu ada kelebihan dalam diri.. setiap orang ada kelebihan masing-masing yang penting usaha bro..Usaha lebih dapat lebih, usaha kurang dapat pun hasilnya kurang la bro..assalamualaikum
Budakx Kampung : OK terima kasih Brader..waalaikumusalam..jumpa lagi!!!!!

Hari-hari kian berlalu.. Budax Kampung mula menilai diri sendiri dan merenungkan kembali pesanan daripada Brader Rockers. Budax Kampung mula menyemai azam baru dalam diri untuk menghadapi hari-hari muka dengan lebih baik untuk mengapai cita-cita  yang dihajati..

No comments: