Tuesday 4 October 2011

Dalam Lagu Ada Kenangan (Memori)


Perjalanan  hidup seseorang sering berterusan seiring dengan peredaran masa dan bumi. Dalam kehidupan seseorang semestinya  mempunyai memori pahit atau manis. Itulah namanya lumrah kehidupan. Memori bagi seseorang bermula dari zaman kanak-kanak sehingga lah menempuhi alam remaja dan seterusnya menduduki alam zaman dewasa.

Sesuatu peristiwa yang menjadi kenagan selalunya disusuli dengan pelbagai persekitaran terutamnya lagu yang diputarkan di radio pada masa tersebut. Secara tidak langsung seseorang induvidu itu akan teringat kembali kepada memori peristiwa yang berlaku pada masa tersebut dan tanpa di sedari lagu tersebut akan membawanya  kembali kepada zaman tersebut. Setiap orang mempunyai memori yang berbeza sama ada dalam arena percintaan, persahabatan dan juga kekeluargan. Aku sebagai salah seorang insan yang hidup di dipentas dunia ini mempunyai banyak memori pahit dan manis dalam menjalani kehidupan yang sering berputar ia ibarat " Roda tidak bertali ".

Aku yang dilahirkan di awal tahun 1990-an, iaitu zaman kemuncak kegemilangan zaman muzik rock. Aku di besarkan seiring dengan lagu yang popolar pada zaman tersebut seperti lagu C.I.N.T.A nyayian kumpulan XPDC. Pada zaman tersebut banyak lagu yang diputarkan di corong-corong radio khususnya lagu-lagu rock yang bertemakan cinta. Walaupun  aku masih kanak-kanak pada ketika beberapa tahun berikutnya lagu-lagu slow rock bertemakan Cinta yang sering diputarkan oleh abang aku telah menjadikan lagu tersebut sebahagian dalam hidup aku dan menjadi kenangan buat selamanya.

Arena percintaan sungguh indah bagi seseorang individu yang sedang diambang percintaan. Bagi pasangan yang bercinta sanggup menuju lagu bertemakan cinta kepada kekasih hatinya sebagai lambang ikatan kasih sayang dalam percintaan mereka di corong-corong radio. Secara tidak langsung lagu yang telah ditujukan menjadi kenangan pasangan tersebut. Manakala bagi individu yang gagal dalam percintaan, turut abadikan kenangan dalam lagu. Contohnya, Lirik lagu yang ditulis oleh penulis lirik bersesuaian dengan kisah yang berlaku dalam hidupnya. Maka mereka abadikan lagu dalam hidupnya dan ditujukan kepada bekas pasangan hidupnya melalui lagu tersebut sebagai tanda luahan hati dan perasaan. Terdapat juga individu yang sukar untuk mengabadikan lagu dalam hidup tapi tanpa disedari dia telah mengabadikan lagu tersebut dalam dirinya. Pada awalnya tidak sanggup untuk mendengar lagu tersebut. Tapi hanya terdengar tajuk lagu sahaja telah membawa mereka kembali kepada memori pahit.contohnya, berlaku kepada orang terdekat dengan aku sendiri iaitu dia tidak sanggup untuk mendengar sebuah lagu yang bertajuk " Pusara Lebuh Raya" dendangan Kumpulan Ekamatra. Setelah terdengar lagu tersebuat telah mengingatkan kembali kepada sebuah tragedi yang menimpa salah seorang ahli keluarganya.

Inilah kehidupan, setiap orang mempunyai memori dalam hidup dan memori inilah yang menjadi warna- warni kehidupan manusia. Memori yang telah berlaku dapat di kembalikan semula di alam minda dan jiwa melaui lagu-lagu yang diminati. Kenangan-kenangan  tersebut bergabung dengan lagu yang berkumandang seiring dengan peristiwa yang berlaku pada masa tersebut. Kenangan dan lagu saling melengkapi maka wujudnya dalam lagu ada kenangan

No comments: