Sunday 27 November 2011

Nukilan Mata Pena

Gambar Hiasan Dipetik Dari Google


Bahasa merupakan jiwa bangsa. Bahasa menggambarkan sesebuah bangsa yang ada di muka bumi ini. Bahasa Melayu sememangnya unit dan sungguh berseni. Ini dapat dilihat melalui karya-karya seni melalui sajak, syair, lagu dan sebagainya..Keindahan bahasa melayu dapat dilihat melalui penulisan  di atas kertas dan juga Lisan dari orang lama yang berjiwa kesusasteraan melalui penyampaian sajak dan juga lagu. Hari ini saya membuat permerhatian bahasa melayu dalam lagu iaitu antara lagu baru dan lagu lama. Lagu-lagu lama lebih indah penggunaan bahasanya dengan mengunakan metafora iaitu perumpamaan bagi menggambarkan sesuatu keadaan atau peristiwa.Saya bercerita disini bukan bercerita mengenai lagu tetapi nukilan-nukilan lirik lagu tersebut. Setiap nukilan tersebut mempunyai makna yang tersirat ini menunjukan bertapa unitnya bahasa melayu tetapi makna atau tujuan nukilan yang ingin disampaikan tetap sampai di hati pendengar ataupun pembaca. Hari ini lagu-lagu melayu dan nukilan lirik agak mudah difahami secara terus. Hari ini dapat dilihat kesenian bahasa melayu dalam penulisan semakin terjejas. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan pengaruh-pengaruh bahasa asing. Dibawah ini saya ada memetik beberapa buah lirik lagu lama yang popular sekitar awal 1990an iaitu zaman kemuncak kegemilangan muzik rock di Malaysia.


Wasangka Cintaku
Rindu menjadi resah
Purnama kian rebah
Pudarlah seri wajah indah
Lagu jadi sepi

Ingin aku fahami
Mendamai ombak resah
Kerana gelora hatiku menangis tak sudah

Entahlah sampai bila
Aku harus begini
menjadi penanti setia di pelabuhan cinta

(korus)
Ingin ku tanya pada mu andai cinta kita
Kau persiaku . . . Kau tinggalkan

Mungkin resah menjadi nyata
Dikala kau memadu cinta
Bersamanya yang kau puja
Bersama ku yang merana
Mengapa

Kerana masih rindu
Aku tetap menunggu
Damaikanlah hati ku ini
Wasangka cintaku...


Tajuk Lagu : Wasangka Cintaku
Penyanyi  : Metafora
lirik  : azida ns di tahun 1990
lagu ciptaan  : umarul 


Sebenarnya ramai penulis-penulis mempunyai bakat besar dalam penciptaan lirik lagu, sajak, syair dan sebagainya. Mengikut arus kemajuan peredaran zaman kadangkala nukilan yang kreatif agak temgelam kerana pengaruh luar lebih kuat yang menyebabkan kurangnya minat terhadap nukilan kreatif ini. Kadangkala apabila kita menggunakan bahasa sastera ini selalunya diperli..''amboi berbunga ayat dia''. ini juga yang menyebabkan nukilan-nukilan ini semakin tidak mendapat sambutan dalam jiwa pemuda hari ini. Setakat ini sahaja saya dapat kongsikan dengan pembaca sekalian..Terima Kasih kerana sudi baca..

Friday 25 November 2011

Lena Dalam Jaga

Dari hari ke hari, dari masa ke masa dan langkah demi langkah aku melangkah..Kehidupan sekeliling mengaburkan mata aku di jalan yang terang.. Walaupun perjalanan aku dalam meniti hari-hari muka pelbagai dugaan dan cabaran datang menghampiri diri aku..kadangkala aku terlepas pandang sehingga aku hanyut seolah di awan-awangan.. langkah-langkah ku seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata. Ku ingin berjaya namun begitu mudah aku terleka dengan keadaan sekeliling dan keselesaan diri aku. Ini yang membuatkan aku menjadi sukar untuk merancang masa depan. Pelbgai azam ditanam  dalam diri tapi azam tersebut tidak subur kerana tenggelam didalam mimpi dan angan-angan yang tidak nyata dan hanya fantasi bukan realiti. Bagi merealisasikan  matlamat aku seharusnya istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara yang baik demi masa depan ku. Seterusnya harus meneruskan usaha secara berterusan walaupun pelbagai cabaran dan halangan akan menghampiri. Seharusnya yakin cabaran dan halangan itu ada hikmah di sebaliknya. Perkara yang paling penting yang perlu ada dalam diri sebagai insan manusia ialah merendah diri Kepada Allah dan taat kepada-Nya . Berdoa sebanyak-banyaknya setelah berusaha bersungguh-sungguh..insyaallah dengan keberkatan yang ada Kita akan memperolehi kejayaan Dunia dan Akhirat..amin3x..