Friday 25 November 2011

Lena Dalam Jaga

Dari hari ke hari, dari masa ke masa dan langkah demi langkah aku melangkah..Kehidupan sekeliling mengaburkan mata aku di jalan yang terang.. Walaupun perjalanan aku dalam meniti hari-hari muka pelbagai dugaan dan cabaran datang menghampiri diri aku..kadangkala aku terlepas pandang sehingga aku hanyut seolah di awan-awangan.. langkah-langkah ku seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata. Ku ingin berjaya namun begitu mudah aku terleka dengan keadaan sekeliling dan keselesaan diri aku. Ini yang membuatkan aku menjadi sukar untuk merancang masa depan. Pelbgai azam ditanam  dalam diri tapi azam tersebut tidak subur kerana tenggelam didalam mimpi dan angan-angan yang tidak nyata dan hanya fantasi bukan realiti. Bagi merealisasikan  matlamat aku seharusnya istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara yang baik demi masa depan ku. Seterusnya harus meneruskan usaha secara berterusan walaupun pelbagai cabaran dan halangan akan menghampiri. Seharusnya yakin cabaran dan halangan itu ada hikmah di sebaliknya. Perkara yang paling penting yang perlu ada dalam diri sebagai insan manusia ialah merendah diri Kepada Allah dan taat kepada-Nya . Berdoa sebanyak-banyaknya setelah berusaha bersungguh-sungguh..insyaallah dengan keberkatan yang ada Kita akan memperolehi kejayaan Dunia dan Akhirat..amin3x..

No comments: