Friday 7 October 2011

Cinta Remaja


Cinta merupakan anugerah Ilahi yang di kurniakan kepada insan yang bernama manusia. Cinta remaja memang indah bagi seseorang yang sedang di lamun cinta. Namun ada juga cinta zaman remaja sungguh menyakitkan hati bagi sesebuah pasangan yang cintanya terputus di tengah jalan.  Perasaan ingin mencintai dan di cintai dalam diri sukar di elakkan oleh semua insan terutamanya remaja. Hari ini ramai remaja  asyik  dilamun cinta, ikatan cinta remaja ini adalah baik dan menjadi pendorong kepada diri mereka selain  dorongan daripada ibubapa mereka. Secara tidak langsung pasangan tersebut akan menjadi lebih bersemangat untuk membina cita-cita demi masa depan mereka. Dengan berbekalkan doa dan usaha insyaallah kejayaan mereka sedia menanti.

Ketika berduaan remaja sungguh berkeyakinan bahawa dialah insan bakal menjadi teman hidup pada suatu masa nanti. Ketika bercinta saling memahami isi hati antara pasangan. Walaupun hanya bertegur sapa dan ketawa namun tetap bahagia.Jernih hati suci bagai embun pagi  bila hati menyayangi tapi tida  yang mengerti  erti cinta remaja ini.Usahlah kecewa dengan cinta remaja kerana cinta yang tak terbela.Bagi  pasangan remaja yang ikatan terputus di tengah jalan jangan la kecewa kerana semua yang sudah berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin itu hanya ujian awal sebelum mengenal erti cinta sebenar kelak..Semoga Berbahgia Dalam Hidup!!

2 comments:

anamizu said...

indah terasa tatkala CINTA dibalas :)
*terime kaseh sudi singgah+folow blog
cik ana..cik ana folow juga :)




luv,
cik ana.

Budax Kampung said...

same same cik ana (^_^)