Thursday 6 October 2011

Perjalanan Hidup

Gambar Hiasan


Jauh Perjalanan

Jauh perjalanan
Luas pemandangan
Bertambah pengalaman
Ikut resemi padi biar berisi 
Tidak menyendiri
Tapi kenyataan dalam kehidupan
Pasti demikian
Ramai bakal ayam bertelur sebiji heboh senegeri
Jangan menjadi lalang
hidup tidak berhaluan
Berdiri dipagar
Pagar makan padi
Siapa nanti yang rugi
Segala yang berlaku
Dalam perhatian ku 
Yang baik jadi tauladan
Yang buruk jadikan sempadan 
hidup biarlah beriman

Dipetik Dari : Lagu Jauh Perjalanan
Nyayian ; Kumpulan Pelangi

Perjalanan insan manusia di muka bumi amat lah jauh dalam menuju cita-cita di dunia dan kebahagian di akhirat. Semakin jauh kita berjalan semakin luas pemandangan kita dalam mengenal dunia baru. Dalam masa yang sama dalam keadaan sedar atau tidak sedar dalam perjalanan hidup kita ada hikmahnya apa-apa jua yang berlaku. Pengalaman yang baru ditempuhi sama ada pahit atau manis itulah yang akan mematang kan kita. Pengalaman inilah yang menjadi iktibar kepada kita supaya dapat meneruskan hidup dengan lebih sempurna di dunia dan di akhirat. Hidup di Rantau orang seharusnya mempunyai ilmu yang cukup dalam diri sebagai bekalan. Dan tidak hanya mendiamkan diri seolah-olah mementingkan diri sendir, angkuh dan sombong. Hakikatnya inilah yang berlaku sekarang ramai manusia lebih mementingkan diri sendiri dalam mengejar duniawi. Sekarang ramai orang memperbesarkan benda-benda remeh temeh untuk mengangkat diri sendiri. Hidup kita Semestinya tidak mudah terpengaruh dengan orang lain sehinggakan hilang matlamat hidup. Hidup seharusnya tidak mudah pengaruh dan percaya 100% kerana orang lain akan kesempatan mengambil kesempatan keatas diri kita untuk kepentingan diri sendiri. Apa yang berlaku hari ini adalah dalam perhatian aku dan ia mengajar aku apa itu erti kehidupan. Perkara yang baik seharusnya kita contohi dan amalkan dalam kehidupan seharian. Manakala Perkara yang buruk jadikan ia pengajaran dalam hidup. Hidup mesti Beriman Kepada Tuhan sebagai pengangan hidup untukl berjaya di dunia dan di akhirat.
Gambar Hiasan


1 comment:

has said...

:)
itulah nmer perjalann hidup...